Khasiat dan kebaikan kesihatan Yogurt

Süzme Yoğurt (yogurt tak bertapis) dengan kandungan lemak 10%

Yogurt kaya dengan zat-zat protein, kalsium, vitamin D, riboflavin, vitamin B6 dan vitamin B12.[14][15] Banyak kebaikan khasiatnya berbanding susu. Golongan tak tahan laktosa mungkin lebih tahan dengan yogurt berbanding hasil-hasil tenusu yang lain kerana laktosa ditukarkan kepada gula glukosa dan galaktosa, dan juga laktosa ditapai menjadi asid laktik oleh bakteria yang terdapat dalam yogurt.[16] Yogurt mengandungi lemak yang berbagai-bagai takatnya. Terdapat yogurt tanpa lemak (0% lemak), yogurt kurang lemak (biasanya 2% lemak) dan yogurt biasa atau susu penuh (4% lemak).[17]

Yogurt merupakan makanan berkhasiat yang berharga untuk bayi mahupun warga emas. Bagi kanak-kanak, yogurt merupakan sumber seimbang zat protein, lemak, karbohidrat dan mineral. Bagi golongan lanjut usia yang seringkali lebih sensitif kolonnya atau tidak lagi menghasilkan laktase, yogurt juga merupakan makanan berharga kerana usus warga emas mengalami kemerosotan bakteria bifidus yang membolehkan pertumbuhan bakteria yang menghasilkan toksin juga menyebabkan barah.

Rujukan

WikiPedia: Yogurt http://www.dairygoodness.ca/yogurt/the-history-of-... http://www.culturesforhealth.com/what-is-yogurt-hi... http://www.diwinetaste.com/dwt/en2004107.php http://www.drgourmet.com/ingredients/yogurt.shtml http://books.google.com/books?id=19C3DnJyWE0C&lpg=... http://books.google.com/books?id=6ZwvAAAAYAAJ http://books.google.com/books?id=A0EMAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=Ai61AAAAIAAJ http://books.google.com/books?id=NuvVUlWbikYC http://books.google.com/books?id=iuPJlbBOst8C